Instagram

Monday, 23 December 2013

lelaki ego

oke aku stress
kenapa?

bila lelaki buat hal
susah sangat ke bagi seorang lelaki untuk memahami jiwa seorang perempuan?

oke mungkin susah
sebab aku pun tak kan faham lelaki
huh

ego tinggi
kita je nampak salah
pandai mereka manipulate kita

realiti
apa lagi nak cakap ekh?
bukan aku seorang je pernah rasa
i think almost all my friends facing the same problem

http://t2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcT_kYL2kBKychIX8xsOVAxcdi1kNvSBIKutcJ59aRSCqAcE3Driv6R94zc

carry mark + final exam

carry mark?
hmm what to say about it.....

this sem punya carry mark?

still...aku tak berapa nak tahu dekat mana effect carry mark ni
rasa macam tak ada effect pun ye juga

most of the peoples saying that carry mark tu important, bo0leh effect kat GPA/CGPA kita
tapi kan
tapi kan
tapi kan

aku masih tak pasti
maybe sebab tak rasa pun kot and aku tak tahu mana dia effect
hee

whatever,
final exam is the most important thing right now kan
ready?
of course not
still lepaking in the house
boring
malas
bergabung meletopppp

Saturday, 7 December 2013

kisah pasangan muda

muda-muda da bercita-cita nak kahwin awal
aku cakap
''why not?''

cuba fikir
nak ke
kita umur40
anak baru darjah 1?
oke, bagi wanita...itu scary
sebab......
adalah

hehe and aku?
memang lah nak nikah awal, tapi apakan daya
belum cukup pitih lagi pula masih bergelar student
lepas grad degree? insyaAllah
niat sudah ada, perlu support daripada family and paling penting bakal soulmate aku pun ada niat sama lah


Saturday, 30 November 2013

family day BACC

banyak perkara terjadi, banyak perasaan timbul
Apakah?

kita manusia hanya merancang, Allah yang mentukan segalanya
tiada manusia mampu menjadi sempurna seperti dewa
yang tidak pernah berbuat salah
yang tidak pernah melakukan khilaf

oh...betapa duniawi sangat mencabar
apatah lagi akhirat kelak

susah hendak puaskan hati semua orang yang berada di sekeliling kita
bercakap belakang menjadi perkara biasa
berdepan pula baik bak pijak semut pun tak mati

inilah melayu typical
kerap mengatakan yang mereka orang yang positif
realiti?
sentiasa hidup dalam keadaan negatif
sangat hipokrit
menuduh
memfitnah
mengumpat
inikah sikap yang positif

tidak pasti kebenaran

 

Monday, 25 November 2013

cerita kekasih hati

aku punyai kekasih
a.k.a boyfriend
and now almost 3 years already

cita-cita nak berkahwin tu ada
but,
think about it again and again

oh, perjalanan masih jauh
masa depan unpredictable

hmmm
tapi kan...tapi kan...
berangan da macam2 tentang wedding impian
nama pun berangan
memang extravaganza la kan

(ini semua poyooo)
 wedding-ring

Sunday, 24 November 2013

presentation

presentation
huhu
tak baik mengeluh kan

aku paling lemah bila dengar je perkataan presentation
kenapa?
tak tahu
mesti ada sebab?

hmmm sebab.....sebab....
tak suka la
http://www.aperfectworld.org/clipart/communications/presentation.png
tapikan
dalam dunia hari ini
kita kena berani, berani dalam apa sahaja
bukan apa, dalam kelas of course ada competition
tapi dunia luar persaingan tu lagi kuat

oke, self-motivation
u can do it
u can do it
u can do it !!!!!!!!

(fuhh lega, lepas sudah, markah? hmmm hopefully oke)

Friday, 22 November 2013

tak baik mengeluh

siapa pula lagi nak menyusahkan hidup aku yang da semulajadi susah ni
http://badashjayhow.files.wordpress.com/2013/07/cancel-clip-art.jpg

status fb

aku sangat sedih sekarang ni...oleh kerana perbuatan manusia

besarnya dosa aku pada dia
besarnya hukuman dia bagi kat aku
siapa dia?

sesungguhnya aku tak layak menghakimi orang
kita boleh saling mengperingatkan bukan menjatuhkan hukuman apetah lagi mengaibkan

kau, kamu, awak,
memang hebat...serba  serbi hebat
pernahkah aku pertikaikan
hebat lagi berkata-kata
ye,  sangat hebat
sehingga aku yang tak mampu keluarkan hujah aku
lidah aku kelu
lidah kau?

manusia tiada yang sempurna
setiap manusia buat silap
setiap manusia berlainan
tapi aku kenal erti kawan
aku kenal erti sahabat sejati
kau mengaibkan aku tanpa perasaan
http://www.worldofmunchkin.com/game/img/Munchcard1.jpg
aku terasa?
ye, memang terasa
padan muka aku juga
aku tak cuba memahami
aku tak cuba mengerti

aku yang perasan bagus
ye,
kau menang
aku hina di sisi ALLAH S.W.T
tapi kau menghukum aku dengan cara kau sendiri
yang aku tak layak di jadikan sahabat
adilkah?

Thursday, 21 November 2013

tak habis-habis

dia masih begitu..
hanya cakap dengan  yang terpilih oleh dia sahaja
ape perlu aku buat?

dalam dunia yang complicated ni...bukan mudah kita nak memuaskan hati orang lain
kawan-kawan sekeliling aku sekarang ni masing-masing bercakap belakang...
siapa patut aku dengar
siapa yang salah
ye...
mereka tak salah
sebab akhirnya aku yang akan di salahkan
aku masih bersabar kerana da kenangkan sahabat sendiri, serumah, sekelas.
jadi akhirnya aku yang terdiam
aku yang memendam
pada siapa patut aku luahkan

ada rakan sebilik aku yang aku sangat-sangat tak faham dengan perangai dia
dengan aku?
boleh buat tak endah je kalau ada kawan lain
cari aku bila mood ada
ha! yang macam ni dah kenapa pulak?

well aku ingin sentiasa positif
tak ada orang yang perfect dalam dunia ni
tak ada manusia yang tak pernah buat kesilapan
tak ada manusia yang punya segalanya
so,
apa hak kita nak judge orang
aku selalu motovate diri aku sendiri juga...
bukan apa?
taknak la jugak tambah pahala orang sedangkan pahala sendiri makin berkurang
kurangkan bercakap benda yang tak berfaedah itu yang terbaikkk
tapi , still trying
bukan mudah
tak senang
http://ec.l.thumbs.canstockphoto.com/canstock12708479.jpg

Thursday, 24 October 2013

make up?

perlu ke?
walaupun aku ni simple2 je
tapi bagi aku make up itu tetap penting

nama pun perempuan
nanti esok2 nak kerja kena belajar juga lagi2 bila dalam professional field ni

aku ?
barang makeup pun simple je
student je pun
taknak la over sangat kan......

 biore aqua rich- sunblock ,boleh jadi makeup base and tak berminyak muka pakai ni tapi kena guna makeup remover untuk remove dia....sangat best. ada macam2 jenis lagi yang ni whitening
 bedak compact, semua girls mesti familiar dengan bedak compact, macam wajib gitu...yang maybelline ni best sebab tak nampak pun muka berbelak if terpakai tebal ke, nampak sekata je
 yang lipstick mac, warna natural ,nampak cute je pakai natural colour baru nampak remaja
 lipstick elianto yang ada sunblock protection juga nice colour, fasio eyeshadow warna untuk remaja and silky girl eyeliner, senang je nak apply kat mata ni
maskara, wajib bagi aku sebab bulu mata aku pendek je..haha da la sepet kan...kadang2 pakai tak berapa nampak sangat gak...tapi bia la...

red velvet

aku suka kek ni
sebab warna yang merah menyala
tekstur nya yang sangat moist
cream cheese frosting yang...mmm yummy

kek ni palig banyak aku dapat tempahan
and setiap tempahan aku buat lain2 design
tapi
design2 ni aku failed sikit
macam mana nak buat macam pro ekh.........banyak lagi kena belajar ni
kena cari master dulu
tapi as a student yang jauh merantau, tak banyak masa untuk aku buat ni selalu
ni antara yang aku pernah buat la...




grooming?

my students life?

of course la kena pakai baju kurung, blouse,skirt, slack, flat, heels, shawls, bawal, tshirt
tapi semua ni ada juga limitation nya
contoh
tak ketat, tak jarang, buakn macam pergi kebun, tak selekh
something like that la
me?

aku sangat la simple
most of the time aku suka pakai jeans
yang tak ketat sangat macam yang skinny tu...hee avoided
baju lebih kepada blouse o tshirt
kasut more on kasut la, hehe
not heels, not sandals
like b.u.m ,snickers

bukan apa, walaupun nampak macam tak professional but yang penting tetap sopan okay
and tak selekeh
serta sekesa...cehhh

aku kalau pakai skirts je confirm dengar ni
"eh nampak lain lar""cantiklar,ayu je""wa nampak ladies like sikit"

adoi, selama ni aku just being simple je tak nampak pun macam ganas sangat
just being stylo hehe
semua kawan-kawan kat sini pula alim2 belaka. tak pakai jeans sangat lar kan

Wednesday, 23 October 2013

choc indulgence

if pergi secret recipe 'wajib' makan chocolate indulgence ni.....
since hobi aku pun buat kek, so gigih la aku cari respi ni kat internet......

cari2 then jumpa, apalagi...
pakat-pakat dengan adik
beli bahan-bahan kat kedai kat seri muda tu
kami pun mulakan operasi and inilah hasilnya..........
homemade chocolate indulgence, yummy......

Thursday, 10 October 2013

so lost

aku dibelenggu lagi rasa yang macam ni,

kenapa?
ak sendiri tak pasti punca

Friday, 4 October 2013

kawan, teman, sahabat 2

serius aku tak faham apa salah aku, kenapa dia perlu buat muka bila dengan aku
terutama sekli bangun untuk subuh
kalau mood dia baik memang dia akan tegur aku

kalau mood dia tak baik memang aku la yang jadi mangsa.....
kenapa aku?
kenapa bila dengan orang lain dia oke je?
huhu
serius la aku sangat tak faham dengan manusia yang macam ni

pandang hina pada orang yang tak setaraf
maaf nak kata, kebanyakan orang yang alim-alim ni memang akan sombong sedikit
pandang orang yang tak setaraf macam pandang sampah

bukan nak menuduh, maafkan aku
cuma mungkin aku yang tak bertuah untuk bertemu orang-orang yang sebegitu
bayangkan bagaimana kami golongan yang nak berubah ni
takkan berjaya kalau tiada orang yang mampu beri kita tunjuk ajar if
semua berperangai macam ni

nak cerita yang sebenar nya
ini semua tentang teman sebilik,sekelas aku
maaf aku tak sempurna
kita cuma manusia biasa
aku selalu di perli
paling penting aku sendiri tak tahu apa salah aku
serius aku akan ubah if aku tahu mana silap aku
kalau da bangun-bangun terus ignored aku tak tau nak kata apa, kadang-kadang dia tunjuk emosi dia macam marah aku
dengar la tutup pintu kuat-kuat ke

situasi yang paling aku tak faham
aku memang banyak kekurangan
sedang cuba untuk kearah yang lebih baik
mungkin dia cuma kemungkaran yang aku lakukan

aku tak pasti
tapi itu lar yang dia buat kat aku

Wednesday, 2 October 2013

kawan, teman, sahabat,

jujur aku katakan
aku masih belum menjumpai teman yang sejati
so, aku tak mampu nak percaya wujudnya kasih seorang teman yang sejati

ada pengalaman yang aku sendiri ingin lupakan
dulu aku sering dipinggirkan
entah kenapa?
tapi kebanyakannya adalah sebab jealousy yang mana semua pulaukan aku kerana beberapa sebab
bukan aku nak bangga apatah lagi akan menyebabkan riak
aku tak mampu pun

cantik, pandai, disayangi
semua ini boleh jadi punca
lumrah manusia yang tak pernah kenal erti syukur
setiap manusia ada kelebihan masing-masing kan
macam mana aku survive sekanrang
oh, sometimes kita kena jadi hipokrit
bukan berniat jadi talam dua muka ataupun
ingin tikam dari belakang

tapi lebih kepada sifat humble aku yang tak ingin menarik poerhatian
semua aku pendam
sakitnya hanya aku dan Allah yang tahu

inilah erti kehidupan.

Thursday, 26 September 2013

industrial training/practical?

wait!
cepat je masa berlalu, aku sendiri tak sedar yang aku da kena industrial training next semester.
this sem?
oh, kena prepare resume,application letter and then submit to company yang berjaya menarik hati aku ni.
paling tak menarik nya

kena pulak company yang besar, huhu
perlu ke untuk practical je pun?
jawapannya perlu, coz kita akan belajar banyak benda baru, banyak input and knowledge yang kita boleh ambil . betul kan?

apa senior kata?
'audit firm' sangat mencabar.
kerja sangat banyak, sometimes kerja overtime
if kena suruh pergi company client, kena lah pergi jugak
pandai-pandai lah cari transport (if tak ada la)

elaun?
biasanya company akan bagi
but some company tak bagi
ada yang bagi fixed ada juga yang bagi based on our performance
so, kena usha-usha dulu la nak pilih company tu
kena berebut lagi dengan bebudak dari U lain.

interview?
ha! yang ni lagi la. boleh buat kaki dan lutut kita ketar habis.
nervous tak payah kata la.
aku sempat interview before masuk semester ni
soalan boleh tahan banyak.
standard soalan pertama mesti tanya, introduce urself and ur background
lepas tu bertubi-tubi soalan dia, sampai transaction akaun and tax pun dia tanya
but,
Alhamdulillah, aku diterima time tu jugak. rezeki kan. syukur sangat
tak perlu da nak cari yang lain
at least tak perlu bersaing ngan budak U lain nak rebut tempat untuk practical
kalau da penuh tak ke haru nak cari company apa pulak kan

can't wait nak practical but at the same time sangat nervous nak melapor diri
wahhh, ayat sangat tak boleh bla kan.


Wednesday, 25 September 2013

me plus do nothing

let's just stop this nonsense.
i'm just a simple person in this world.......

oh ya...aku student lagi......campus life?
haha...great, masa ni macam boring but one day aku akan rindu saat-saat sebagai seorang student

now, aku tengah study degree....
master? hmm harus fikir masak-masak dulu sebab........
malas?
tak rajin?
kerja?
pengalaman?
tambah ilmu?
pinjaman?
 wah, banyak kena fikir ni..
n lagi satu
kahwin? hee
wajib ada dalam list ni
tak nak la kahwin umur da tua.
nanti da tua anak pulak baru sekolah rendah
complicated betul fikir
baiklah fikir study dulu.focus nak berjaya n 4 flat of course.

Sunday, 22 September 2013

siapa aku?


It’s about me.
Aku seorang manusia biasa yang tak sempurna. Hamba Allah yang hina dan penuh dengan dosa.
Sometimes, aku give up untuk hidup, then aku sedar yang semua ini ujian dari Allah. Dunia ini sebenarnya ujian. Itu lah tujuan hidup kita. Kadang-kadang aku lupa, dunia ini apa sebenarnya. Dunia ini bukan reality.
Aku mengagungkan kehidupanku di dunia sehingga aku lalai kehidupan di akhirat kelak yang semakin menghampiri.
Setiap kali aku berdoa, doaku tetap sama:
“ya Allah ampunkan dosaku”
“ampunkan dosa ibu bapaku”
“Ampunkan dosa ahli keluargaku”
“berkatilah kehidupanku”
“kuatkan imanku, teguhkan hatiku, tabahkan diriku Ya Allah”
“ya Allah, bukakan pintu hati ahli keluargaku untuk ke jalan-Mu Ya Allah”

Di saat aku sedar, aku pasti akan lalai kembali. Aku perlukan sokongan yang sangat kuat. Sebab aku sangat lemah untuk sendirian melawan nafsu duniawi.
Aku punyai teman hatiku,

Saturday, 21 September 2013